Penggantian nama Govinda (kumpulan muzik)

Band ini mengganti namanya menjadi Govinda selepas berpindah label rakaman dari Java Musikindo ke Nagaswara. Mengenai nama sendiri, nama sebelumnya, Domino, dikatakan berkonotasi tidak baik. Dengan itu, mereka memutuskan untuk mengambil suatu nama yang lebih baik dan memperoleh nama Govinda dari kebudayaan India yang bererti dewa kemakmuran. Dengan falsafah ini, mereka berharap agara dapat memakmurkan personelnya. Walau bagaimanapun, tanpa disedari, sudah ada satu kugiran asal Sragen yang memakai nama sama.[1][2]